Polisi Penghantaran

Penghantaran Standard

Beblum menawarkan perkhidmatan penghantaran J&T Express ke alamat di seluruh Malaysia.

  • Penghantaran ke semenanjung Malaysia adalah Percuma apabila pembelian anda melebihi RM100 dalam satu pesanan.
  • Pesanan yang diterima selepas jam 10 pagi akan diproses pada keesokan hari bekerja.
  • Pesanan yang diterima pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum akan diproses pada keesokan hari bekerja yang berikut.
  • Kos penghantaran adalah berdasarkan berat barang dan lokasi penghantaran (tertakluk kepada rate kurier).
  • Anggaran tempoh penghantaran:
    • Semenanjung Malaysia: 2 – 7 hari bekerja
    • Sabah & Sarawak: 7 – 14 hari bekerja
  • Item Pra-Pesan (pre order) dalam pesanan yang sama akan dihantar bersama dengan item ready stok lain apabila stok pra pesan tersedia.
  • Nombor tracking akan dihantar melalui emel selepas pesanan anda telah keluar dari gudang.
  • Adalah perlu tahu kami tidak menghantar sebarang pesanan ke alamat PO Box atau hotel.

Beblum tidak mempunyai kawalan ke atas perkhidmatan penghantaran sebaik sahaja bungkusan itu diserahkan kepada syarikat kurier panel kami. Keadaan luar biasa di luar kawalan seperti cuaca buruk, musim perayaan atau kelewatan kurier mungkin menyebabkan syarikat kurier mengambil masa yang lebih lama untuk menghantar bungkusan anda. Jika pesanan anda tidak sampai selepas 7 hari dari hari pengeposan, sila hubungi Beblum untuk bantuan.
Jika pesanan anda tidak berjaya dihantar semasa percubaan pertama atas sebab tiada orang terima bungkusan atau gagal menghubungi anda, perkhidmatan kurier akan menghubungi anda semula untuk mengatur percubaan penghantaran pada hari yang lain.

Sekiranya syarikat kurier gagal menghantar selepas DUA percubaan atas sebab yang disebut, bungkusan itu akan dikembalikan kepada Beblum, dan anda boleh mengambilnya dari gudang kami. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan penghantaran tambahan selepas itu, satu lagi bayaran kurier perlu dikenakan.

Sila jejaki bungkusan anda menggunakan nombor penjejakan yang diberikan dalam e-mel anda. Dalam kes salah destinasi/tempat (seperti yang ditunjukkan pada butiran penjejakan), kami menggesa pelanggan menghubungi Beblum dengan segera untuk siasatan dan penjelasan.

Penghantaran Hari yang Sama
Mahukan pesanan dengan segera? Dapatkan pesanan anda hari ini melalui perkhidmatan Lalamove untuk penghantaran pada hari yang sama! Bagaimana prosesnya? Whatsapp 012-338 8428 untuk permintaan anda dan kami akan uruskan penghantaran khas untuk anda.
  • Masa tersedia: Hari bekerja 10 pagi hingga 4 petang (Pesanan selepas 4 petang akan diatur pada keesokan hari bekerja)
  • Tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum.
  • Tersedia untuk kawasan Lembah Klang sahaja (tertakluk kepada kawasan khidmat Lalamove)
  • Yuran Penghantaran: bermula dari RM 30 tertakluk kepada rate Lalamove (rate akan dipengaruhi oleh jarak dan saiz produk)